-weddings-events-aerial-everything-

By: ahmad fauzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Feb-2008 11:06 Email | Share | | Bookmark
MRSM, KUBANG PASU.

 
 
 
View all 12 photos...
18hb. Feb 2008 tarikh lapor diri. Wah.. banyak yang perlu di buat dalam masa 1 minggu. Tahun lepas MRSM K.P. baru ambil murid Tingkatan 1 & 4.(intake pertama). Tahun ini adalah intake kedua. Mujurlah dapat kat Kubang Pasu saja. Tak jauh la sangat. Banyak yang perlu dibeli. Kasut baru, track botton,T-shirt dan lain lagi. Tak dan nak cekaw RMnya. Yang paling berat sekali, dengar cerita buku teks kena beli sendiri.

Anyway, ada buat kenduri sikit kat sekolahnya tadi. Untuk kelas dan kelab peberetnya Kelab ICT. Rupa2nya dia adalah harapan kelabnya itu. semua memuji kerajinannya. Aku sendiri terharu mendengar ucapan chegu dan kawan2nya. Ada beberapa snapshots semasa majlis tu tadi...






http://maslaily.fotopages.com
Harap2 Maslaily akan lebih berusaha di MRSM tu nanti. Amin...


Friday, 8-Feb-2008 20:47 Email | Share | | Bookmark
AMAT LETIH HARI INI. (SUDAH ADA BANYAK GAMBARS)

ready for action
last check by pilot
up up &...
View all 12 photos...
Aerial photography yang aku rancang berjalan juga hari ini. Pilot ku sampai seperti dijanjikan, jam 10 pagi bersama 2 orang anaknya.Setelah beberapa ejasmen dilakukan, akhirnya camera ku berjaya terbang jua.Ada sasaorang talipon nak jumpa malam ni. Selepas dua kali cameraku terbang baru mendapat setting yang betol dan gambar pun cunnnn (bagi akulah).


up satu dulu ya.......tunggu........

Selepas sembahyang Jumaat, ada kawan ajak tolong shoot majlis akad nikah kat Masjid Taman Mahsuri. Kalau kawan ini yang ajak, tengah malam pun sanggup bangun pi shoot. Lepas Asar, mula menembak. Waktu ni, ada sorang lagi fotografer join shooting sama. Pastu terus ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan dan sessi foto.


Gambar outing pada 9/2/08.

Sambil sembang dan minum kat Nashmeer Jitra, adalagi sorang member FMDC mai jumpa. Anak muda ini peramah dan maseh segan silu, pasai dia tengok aku dengan lens 800mm dalam fp aku. Dia pun naik cuak tengok kita dengan lens tu. Sembang punya sembang, teringat kawan mula2 kontek nak jumpa malam ni. Tipon dia dan set lagi 1/2 jam jumpa kat Uncle John.

Jam 9.30 malam, aku dan zamri sampai Uncle John. Zam ni fotog yang join kat Masjid tadi. Lima minit kemudian datanglah tetamu yang ditunggu. Orangnya steady lagi, hampir sebaya dengan aku. "Saya Syed Azhar" aka Abah Along yang datang dari Bidor Perak. Dia cakap aku adalah orang pertama dari FMDC yang pernah berjumpa dengannya. Ha ha... orang yang dekat pon belom penah jumpa abah along ni....tau2 mai jumpa orang Jitra.. Selepas minum, ARN (apexkayu) yang baru balek shooting join sekali sekejap. Kemudian msaufi fon aku dan join sama dan pastu anak muda tadi Mustakim (mus) pon join sama. Biasanya Uncle tutop jam 12 mlm tapi oleh kerana ramai pelanggan lagi sampai 12.30 lebih baru tutup. sekarang dah pukol 3.20 pagi, dah cukop kaww ngantoknya. nanti sambung esok ya. nanti update gambar dan link kawan2 tu. Salammmmm.


bagi yang blom pernah melihat abahalong, heh hehhh encyem tak..??
steady lagi tu....minta maap.up foto tanpa izin..
banyak PM,email &sms diterima mengugut nak kameranap saya punya 400D.
so saya kena up gambar Pak Tuan yang lebih macho & clear tu....

arn: http://apexkayu.fotopages.com
zamtech: http://zamtech.fotopages.com
abahalong: http://syazhar.fotopages.com
msaufi: http://msaufi.fotopages.com
mus : blom ada f/p



Friday, 1-Feb-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
POUCH BEG BARU SAMPAI.

Ya kawan2, barang baru sampai. Panas2 lagi.
Stock terhad. Ini saja baki yang tinggal.
mari mari mari....bukan mau simpan...

Satu beg berharga RM60/= COD Jitra. Postage RM10/=(Sabah/Sarawak RM20/=)
Sesiapa berminat nak beli pouch beg ini sila bank in a/c saya
CIMB sebanyak RM70/= (atau RM80/=)
dan sms saya dengan alamat,nama dan no. berapa pilihan.
Siapa cepat dia dapat breder. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya.

Ahmad Fauzi Ibrahim
013-4089966 / 014-2472263
fauzibaie@hotmail.com
coming soon = = =>> http://www.fauzibaie.com

terima kasih pada harummanis kerana foto bawah...




Wednesday, 30-Jan-2008 14:05 Email | Share | | Bookmark
www.fauzibaie.com

Ehem ehem... tak lama lagi my own dot com akan siap.
Tak caya? try click sini: http://www.fauzibaie.com
tapi tungguuu.. blom siap btol lagi..
heh heh hehhhh
terima kasih pada kawan fotografi lama aku.
apa2 pun akan cuba update ASAP

Quote:
saya ingin betulkan sesuatu disini, bahawa website saya ni bukan dibuat oleh saudara hafizudin. hafizudin membuat front pagenya sahaja. yang lain saperti domain,hosting dan ntah apa2 lagi dilakukan oleh sahabat baik saya juga, cuma tak nak namanya diberikan. harap maklum semuanya. takut nanti hafizudin kita nanti tak menang tangan nak buat website kawan2.


Tuesday, 29-Jan-2008 14:19 Email | Share | | Bookmark
MODEL BARU - BEG LA BUKAN ORANG....

Pouch beg ni, dihantar sebagai testing market.Jenama The North Face.
Sizenya 13.5" x 7" x 5". Sedikit kecil dari pouch beg pertama.heh heh hehhh
Harga dan syarat sama aja.
Harga RM60/= COD Jitra. Poslaju RM10/= Semenanjung M'sia, RM20/= S/Sarawak.
Ini pun tinggal 4 biji sahaja. Tiada booking. Masuk duit baru kira on ya.
Maaf, bukan nak action tapi stock ini saja yang ada. lepas ni mungkin Raya Cina pula kot.





Siapa cepat dia dapat ya...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net