-weddings-events-aerial-everything-

By: ahmad fauzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 9-Mar-2008 12:04 Email | Share | | Bookmark
POS LESS RM10-00...

Untuk menghabiskan stock saya, pos akan saya kurangkan RM10-00.
bermakna pembeli dari semenanjong Malaysia pos percuma.
Sabah dan Sarawak cuma RM10-00.
Harga pouch beg macam biasa RM60-00.
Hanya ini sahaja balance yang ada.
Lepas ini kita import backpack pula.
50 + 10 liter backpack pun ada. Tungguuuuuuuu......
cara bayaran: sila sms/call saya. anytime ,anywhere.







HANYA NO 25 & 34 YANG AVAILABLE

TINGGAL 2 POUCH BEG LAGI
lekas lekas..
INI BETOL2 LAST KOPEKKK NI...
siapa dulu dia dapat
pasni beg ni tak import dah...(updated 070408)


Saturday, 8-Mar-2008 09:19 Email | Share | | Bookmark
PILIHAN RAYA UMUM KE 12

Jam 9 pagi, aku ke Sekolah Menegah Kebangsaan Jitra untuk menunaikan kewajipan ku. Setelah menyemak nama dan saluran, aku terus ke saluran 2.Sarjen polis 'Pak Ya' menegur, jangan amek gambar dia. Dulu semasa penamaan calun pun aku snap gambar dia juga. Tapi fotonya aku tak bagipun.Hi hi hi...Sambil beratur, aku mula snap snap..tiada yang tegur. amek gambar dalam bilik mengundi..snap snap..pun serupa. diaorang cakap jangan bising saja, tiada larangan amek gambar pun...snap snap lagi. tiba giliran ku ke meja amek kertas undi. kebetulan aku kenal petugas disitu...snap snap lagi...Ambil kertas undi, snap snap. - pangkah - tak snap, snap..Kamera masih ditangan.taruh kertas undi dalam peti undi...snap snap snap snap snap......sori gambar framing out. bukan boleh posing kat situ. kalau shoot pengantin boleh la posing2. heh heh hehhhhhh....setelah keluar, terjumpa dengan calon pula.Selepas memberi salam dan bersalaman, beliau pun terus berjabat salam dengan pengundi yang sedang beratur tu..pastu aku bersiap sedia untuk ke Sungai Petani untuk shoot wedding Mawar & Rosli...
selamat berpencen Sany Bellooo. Kubang Pasu OK..

snap snap..



snap snap snap snap snap snap.......


Sunday, 2-Mar-2008 05:25 Email | Share | | Bookmark
ANAK PEREMPUAN ANAK KU..

kakak dgn baby
hepi famili
ana punya beras(bare rust) la
View all 4 photos...
AMIRA BATRISYA namanya (updated 10.03.08)

Masliana adalah anak ku yang kedua. Telah pun berkahwin dengan Airulhizan.Orang Kulim. Kakak adalah nama timangannya. Dia dimasukkan ke Hospital Kulim pada malam 29hb Feb. Masuk 'labour room' jam 3 ptg pada 1 Mac dan bersalin jam 5.22 ptg tu juga.Anak sulongnya Amirul Haikal 1 1/2 tahun, memerhati aku saja kerana asik ambil gambar baby baru saja. Dulu,dialah jadi tumpuan camera ku. Aku sampai Hospital jam 12.35, just nice masa lawatan. Suaminya datang kemudian dan kata dah boleh balik rumah. Baby girl ini adalah cucu ku yang ke 2. So, kawan2 semua, enjoizzzz..

gelagat baby girl .....


Kebanyakan geng Kulim ada hal pada hari ni. Last2 tipon Wapie dan kami jumpa kat Dinas jam 3 ptg. Wapie bawa housematenya Amirul,yang juga baru main camera. punya ralit sembang sedaq2 dah jam 7.00.Punya seronok sembang sampai tak sedar masa berlalu. Kalau tak hujan nak ajak diaorang pi shoot kat luar. Hujan lebat sunggoh, so kami borak2 saja la.Amirul amek pouch beg satu dan pastu saya trus balik Jitra.....


Quote:
terima kasih semua atas ucapan tahniah serta doa kalian. waktu dulu baru sorang cucu masih terasa muda lagi, tapi dah dua ni terasalah sedikit beteren. harap2 semua pun sihat sejahtera semua dan bahagia selalu. selamat mengeshoot.


Sunday, 24-Feb-2008 04:52 Email | Share | | Bookmark
PENAMAAN CALON PARLIMEN KUBANG PASU.

banyaknya.....
barisan
Bekas YB
View all 23 photos...
POUCH BAG ADA SIKIT LAGI



DUN - JITRA
DUN - BUKIT KAYU HITAM
PARLIMEN - KUBANG PASU

yang tak berkenaan dilarang masuk...


Monday, 18-Feb-2008 09:03 Email | Share | | Bookmark
HARI PENDAFTARAN MRSM Kubang Pasu.

ramainya...
taklimat..
jamuan untuk waris..
View all 4 photos...
Hari ini adalah hari terakhir Maslaily tinggal dengan kami. Bukan jauh mana pun MRSM Kubang Pasu tu. Tapi kalau naik Honda 50 aku tu dekat2 20 minit juga la. Lepas antar adiknya ketadika dan pekena capati dulu kami pun terus ke sekolah baru. Ramai yang dah sampai. Maklumlah ada yang datang dari jauh. Ada yang datang dari Kelantan dan ramai dari Pulau Pinang. Pendaftaran untuk Tingkatan 1 dan 4. Aku ni tak pandai nak repot panjang2 so, tengoklah dua tiga keping gambar nih. he he hehhhhhh

menunggu nombor dipanggil.....


bilik yang sesuai & selesa..


POUCH BEG ADA SIKIT LAGI.....KLIK ==> http://fauzibaie.fotopages.com/?entry=1439071&back=http://fauzibaie.fotopages.com/?page=0#CommentsTop


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net